Tuesday 6 March 2012

Perjumpaan Sem 1 hingga Sem 6.

Assalamualaikum..

Salam Ukhwah!

Pada 1 Mac 2012, 8.30 malam, telah diadakan perjumpaan pelajar-pelajar Pendidikan Seni sem 1 hingga sem 6. Perjumpaan tersebut diadakan di Galeri Seni UPSI. Antara perkara-perkara yang dibincangkan pada malam tersebut adalah mengenai aktiviti BOAT23 siri 2 dan juga sesi berkenalan dengan junior-junior semester 1. Selamat datang!! (^_^).

Gambar-gambar tersebut antara yang sempat dirakamkan pada malam tersebut. :)

memo.


kak iza kite. :)


bace doa sblm memulakan majlis. :)






antara pelajar-pelajar semester 1 yg memperkenalkan diri. 



nabel & shue.









Salam Memulakan perjuangan! :D

Saturday 14 January 2012

Pameran Malaysia-Jepun

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Galeri Seni UPSI adalah Pameran Malaysia-Jepun. Pameran tersebut diadakan pada 19 Oktober 2011. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik yang di sampaikan oleh wakil dari Jepun. Mari kita saksikan. (^_^). Sesiapa sahaja yang hadir, akan dapat mencuba menghasilkan satu hasil karya yang diajar sendiri oleh mereka. Hasil karya yang tercantik akan dipamerkan untuk tontonan pelajar-pelajar Jepun pula. Warna dan juga bahan-bahan turut disediakan. Rugi jika tak sertai!

Translator sedang menterjemahkan kepada Tetamu jemputan dari Jepun.

Our sensei sedang menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan karya tekapan.

Org Jepun sangat menitik beratkan kebersihan dan amat berjimat cermat. buktinya, mereka masih menggunakan semula bahan-bahan di atas dan membasuhnya selepas digunakan serta amat berjimat cermat dalam penggunaan warna! :)

teknik gurisan.

Warna yang digunakan khas dibawa dari Jepun! jadi, sesiapa yang hadir, bertuah kerana dapat merasai bahan ini. hehe.

Antara hasil karya yang telah disiapkan. :)

Moga kita dapat berkolaborasi dengan negara lain pula. Kan? Seluas mata memandang, sejauh itu lah perjalanan seni. 

Salam ukhwah~











Friday 13 January 2012

BOAT23~

Assalamualaikum & Salam Ukhwah Seni~


Sudah ibarat menjadi tradisi bagi mengadakan pertemuan bersama-sama junior-junior seni. Kali ini, pertemuan bersama junior-junior semester 1 telah diadakan di Kem Teratak River View. Ianya telah diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 16, 17, 18 Disember 2011. Perjalanan di mulakan dengan berkumpul di Galeri Seni UPSI sejurus selepas solat jumaat. Perjalanan dimulakan pada jam 4 & jam 6. Seramai 60 orang telah menyertai kem ini termasuklah 40 orang urusetia yang kebanyakkannnya dari semester 3 & 5.


Bila sudah memastikan semua kehadiran, barulah perjalanan dimulakan. Semua berjalan kaki menuju ke Teratak River View kami. hehe. Seronok x terkata! Maklumlah, bukan senang nak dapat jalan kaki ramai-ramai macam ni kan? hehe. Barang-barang lain seperti khemah dan beg-beg peserta semuanya di angkut menggunakan lori yang disediakan. Barulah kami dapat jalan dengan "freely" sambil menikmati Alam ciptaan-Nya.


Apabila sudah tiba ke kawasan perkhemahan kami, seperti biasa, pemasangan khemah dimulakan. Ada yang terlalu teruja nak terjun sungai. Pertemuan kami pada malam tersebut dimulakan selepas solat Isyak. KJ juga turut hadir iaitu Dr.Halim. Kata-kata semangat beliau sedikit sebanyak menaikkan smgt kami apabila beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang kedudukan seni ketika ini. Jika bukan kita, siapalah lagi yang akan menaikkan nama Seni di peringkat Universiti dan Kebangsaan bukan? Mungkin salah seorang dari kita akan menjadi seperti Pablo Picasso. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. bukan?


Makan malam pula telah disediakan oleh geng memasak seni. Siapa kata geng seni tak pandai memasak? Ni la buktinya. hehe. Selepas makan malam, akhirnya semua nyenyak tidur diulit bunyi deruan air sungai. Keesokkannya, masing-masing bangun solat subuh. Kami juga ada penghulu & penghuluwati. Macam-macam aktiviti yang diadakan, antaranya, Jungle trekking, permainan, & macam2 lagi.


Ni antara gambar-gambar di sana! :)


Antara crew2 boat23~

xtvt group~

senamrobotik! yeah!! ^,^

antara keindahan di Teratak River View! :)

Antara permainan! teka permainan pe ni? hehe.



Penutupan Kem Boat23.

Pengarah program ni adalah Che deyla.. Tahniah kpd beliau. Walaupun masih baru, tp beliau mampu mengendalikan program ini. Dan terima kasih juga kakak & abg senior yg membantu serta pihak2 yang terlibat dalam menjayakan Boat23 siri 1 ini! Terima Kasih! (^,^)!! Moga boat23 siri 2 yang akan datang dijayakan dengan penuh gemilang! majulah seni utk negara!! 

Moga ukhuwah terjalin indah~ Amin..