Saturday 14 January 2012

Pameran Malaysia-Jepun

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Galeri Seni UPSI adalah Pameran Malaysia-Jepun. Pameran tersebut diadakan pada 19 Oktober 2011. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik yang di sampaikan oleh wakil dari Jepun. Mari kita saksikan. (^_^). Sesiapa sahaja yang hadir, akan dapat mencuba menghasilkan satu hasil karya yang diajar sendiri oleh mereka. Hasil karya yang tercantik akan dipamerkan untuk tontonan pelajar-pelajar Jepun pula. Warna dan juga bahan-bahan turut disediakan. Rugi jika tak sertai!

Translator sedang menterjemahkan kepada Tetamu jemputan dari Jepun.

Our sensei sedang menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan karya tekapan.

Org Jepun sangat menitik beratkan kebersihan dan amat berjimat cermat. buktinya, mereka masih menggunakan semula bahan-bahan di atas dan membasuhnya selepas digunakan serta amat berjimat cermat dalam penggunaan warna! :)

teknik gurisan.

Warna yang digunakan khas dibawa dari Jepun! jadi, sesiapa yang hadir, bertuah kerana dapat merasai bahan ini. hehe.

Antara hasil karya yang telah disiapkan. :)

Moga kita dapat berkolaborasi dengan negara lain pula. Kan? Seluas mata memandang, sejauh itu lah perjalanan seni. 

Salam ukhwah~











No comments:

Post a Comment